Wednesday 6 August 2014

Majlis Sambutan Idul Fitri SKSK 2014/1435H

"HARI RAYA, HARI KEMENANGAN"

Majlis di pagi yang indah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Budi Ismardy dan diteruskan dengan alunan merdu dan syahdu takbir raya diketuai Ustaz Tn. Zairul Hasli dan disambut oleh seluruh warga serta murid-murid SKSK. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Program, Pn. Siti Khadijah selaku PK KO. Tuan Guru Besar juga mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat hari raya kepada seluruh warga SKSK dan seterusnya merasmikan majlis sambutan hari ini. Acara persembahan oleh murid dan guru telah diadakan di dewan terbuka sekolah. Antara acara lain yang dijalankan sebelum  guru-guru dan murid-murid menjamu selera adalah pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan petandingan melukis kad raya bagi tahap 2. Majlis tamat jam 1.15 petang. 



Wednesday 23 July 2014

Majlis Penyampaian Duit Zakat 2014/1435 H


Ramadhan tahun ini membawa seribu makna kepada anak-anak yatim dan miskin, murid-murid SKSK kerana ada insan yang prihatin sudi menyumbangkan zakat kepada mereka. Majlis diadakan pada 23 Julai 2014 (Rabu) di Dewan Terbuka SKSK, jam 7.45 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Tn. Zairul Hasli dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan kepada ibu bapa yang hadir dan ribuan terima kasih kepada penyumbang zakat. Sebelum majlis berakhir, wang zakat diagihkan kepada ibu bapa yang hadir. Semoga dengan hikmah memberikan zakat dapat menyucikan rohani dan merapatkan jurang perbezaan antara mereka yang kaya dan miskin.

Friday 18 July 2014

Majlis Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2014

Alhamdulillah..objektif KPM mewujudkan Tabung KWAPM untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah telah terlaksana dengan jayanya pada 18 Julai 2014 di dewan terbuka SKSK. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Mohd. Alwi b. Hj. Che Ahmad (Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas) dengan menyampaikan wang bantuan kepada 169 orang ibu bapa yang hadir. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG, En. Ahmad b. Deraman. Semoga dengan terlaksana tabung ini akan membantu mengurangkan jurang peluang pendidikan mereka yang kurang berkemampuan.



Wednesday 16 July 2014

Majlis Iftar 2014

Saban tahun, SKSK dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam akan mengadakan majlis berbuka puasa warga SKSK bersama-sama ahli keluarga. Majlis telah diadakan pada 16 Julai 2014 di kantin sekolah dimulakan dengan berbuka puasa dan seterusnya sembahyang maghrib berjemaah di surau sekolah.