Kem Bestari Solat Fasa III

JQaf & Panatia Pendidikan Islam  telah mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 3 pada 30 Ogos 2013 (Jumaat) untuk murid-murid Tahun 3 & 4. Guru-guru Pendidikan Islam, jQaf  dan fardhu Ain turut terlibat dalam menjayakan kem  ini yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lafaz niat solat berjemaah & cara pelaksanaan, bacaan tahiyyat awal & akhir, perkara-perkara yang membatalkan wuduk & amali wuduk, syarat wajib & syarat sah solat dan amali solat berjemaah di surau. Semoga kem yang dianjurkan ini dapat memberi penghayatan dan pemahaman kepada anak-anak murid dalam mengerjakan solat serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.