Thursday 14 November 2013

Hari Ucapan & Penyampaian Anugerah Cemerlang 2013

Hari APC ataupun Anugerah Pencapaian Cemerlang berlangsung dengan meriahnya pada 13 November (Rabu) bermula jam 8.30 pagi di dewan terbuka SKSK dengan kehadiran para tetamu jemputan serta ibubapa murid-murid SKSK. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu terhormat iaitu En. Mohammad Azam bin Ismail (Pegawai Khas Pengerusi MARA) dan juga YDP PIBG SKSK. Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Kelas Pendidikan Khas, Kedudukan Terbaik di Kelas, Terbaik Matapelajaran, Kehadiran Penuh, Anugerah Khas Kurikulum, HEM & Ko-Kurikulum serta anugerah Khas NILAM dan Program Galakan Membaca yang meruipakan hadiah istimewa sepanjang tahun iaitu sebuah basikal! Para jemputan juga dipersembahkan dengan persembahan istimewa daripada murid-murid SKSK seperti tarian, nyanyian dan juga pidato khas pemenang/Johan Adik-adikku 2013. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik, usaha lagi tahun depan!