Panatia Pendidikan Islam telah melancarkan Program Ihya' Ramadhan sepanjang bulan puasa tahun ini, bertemakan "Ramadhan Bulan Keberkatan & Pengampunan" pada 14 Julai 2013. Antara program-program yang telah diatur dalam usaha mengimarahkan bulan yang mulia ini khas untuk semua murid bermula 1 Ramadhan yang lepas adalah bacaan Yaasin, zikir munajat, tadarrus al-Quran, celik jawi dan pintar Al-Quran, tazkirah penghayatan Ramadhan, kuiz Ramadhan, pertandingan mewarna dan iftar jamai'e. Semoga kita memperolehi keberkatan dan keredhaan ALLAH swt di atas apa yang kita lakukan di bulan yang mulia ini.