Sunday, 8 September 2013

Majlis Restu Ibubapa, Penyerahan Ilmu & Solat Hajat UPSR

UPSR bakal menjelang 2 hari lagi! SKSK telah mengambil inisiatif mengadakan majlis restu ibubapa dan penyerahan ilmu pada 8 September (Ahad) di dewan terbuka SKSK. Majlis berlangsung dengan meriah dengan kehadiran wakil PIBG dan ibu atau bapa murid-murid untuk sama-sama memberi restu ilmu kepada anak-anak dan guru-guru mereka. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil murid Tahun 6 iaitu adik Mohamad Hanif Zakaria dan wakil guru Tahun 6, Pn. Wan Kasma Yusof. Tuan Guru Besar turut menyampaikan amanat dan meniupkan kata-kata semangat kepada murid-murid. Majlis disusuli dengan murid bersama ibu/bapa mereka menyuapkan kismis dan minum air zam-zam sebagai simbolik salam restu ilmu.
Sebelah malamnya pula diadakan majlis solat hajat dan bacaan surah Yaasin serta tahlil  yang dihadiri ibubapa murid tahun 6 dan guru-guru SKSK, sama-sama memohon restu kepada Ilahi untuk terangkan hati, permudahkan murid-murid menjawab soalan UPSR dan berharap agar murid-murid berjaya dengan cemerlangnya!InsyaALLAH...