Sunday 27 October 2013

Hari Usahawan 2013

Hari Usahawan Sk Seri Ketereh telah berlangsung dengan meriahnya pada 10 Oktober 2013, Khamis dengan kehadiran murid-murid serta ibu bapa mereka. Lebih kurang 21 gerai disediakan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Jualan telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Tetamu perlu menggunakan kupon untuk membeli barangan jualan, antaranya aiskrim potong, nasi bungkus, ayam goreng, roti sosej, kuih-muih, kerepek, air minuman dan pelbagai lagi juadah enak disediakan. Tujuan Hari Usahawan diadakan adalah untuk menambah dana PIBG di samping mengeratkan kerjasama sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Program ini akan diadakan 2 tahun sekali. Kita jumpa di 2015!!!InsyaAllah...