Sunday 13 October 2013

Majlis Khatam Al-Quran 2013

Majlis khatam Al-Quran yang melibatkan 109 orang murid tahun 6 telah diadakan penuh meriah dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan KAFA pada 13 Oktober (Ahad). Para peserta khatam diarak sambil berselawat dan paluan kompang bersama ibu bapa mereka ke dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Mohamad Hanif bin Zakaria (6B) diikuti Ustaz Tn. Zairul Hasli bin Tuan Mat membacakan doa memohon majlis diberkati. Selepas ucapan Tuan Guru Besar dan ucapan perasmian oleh Ustaz Wan Mohd Tarmimin bin Wan Bakar (Pegawai Penyelia KAFA, JPN Kota Bharu) majlis khatam Al-Quran dimulakan dengan  diketuai oleh Khalifah; Ustaz Nik Jailani Nik Mat dibantu Ustaz Ramly bin Ibrahim dan Ustaz Hasbullah bin Hussain. Di akhir majlis, para peserta khatam menerima sijil serta cenderahati dan semua tetamu menghadiri majlis jamuan sebelum bersurai.