Saturday 9 November 2013

Majlis Perpisahan Tahun 6 2013 ~ Jauh dikenang, dekat dirindu

Warga SKSK telah mendapat jemputan daripada Unit Kecemerlangan UPSR 2013 untuk menghadiri majlis jamuan akhir tahun murid-murid tahun 6 pada 9 November di dewan SKSK. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan bacaan doa daripada Ustaz Budi Ismardy b. Ghazali diikuti ucapan wakil murid tahun 6 iaitu Adik Mohamad Hanif Zakaria. Tuan Guru Besar SKSK juga mengambil peluang untuk memberikan sepatah dua kata nasihat, pesanan dan ucapan selamat berjaya dalam menempuh alam persekolahan menengah kepada murid-murid tahun 6. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Minggu Sains dan cendeharati  kepada pentadbir dan wakil PIBG. Para tetamu menjamah hidangan selepas acara potong kek dilakukan serta disulami dengan persembahan murid Tahun 6. Antaranya nyanyian, dikir barat, nasyid dan drama. Tahniah dan selamat berjaya kepada semua murid Tahun 6! Jumpa lagi!! Hayati bait pantun ini....

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai cikgu antara nampak.
Esok jangan rindu-rinduan.