Monday 28 October 2013

Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2013

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan GEMA (Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan) telah mengambil inisiatif mengadakan pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan  Bahasa Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2013. Pada hari pertama 26 Oktober iaitu peringkat suku akhir bermula, seramai  93 orang wakil sekolah rendah telah mendeklamasikan sajak mereka. 25 orang peserta telah  terpilih untuk ke peringkat separuh akhir. Kemudian hanya 8 orang peserta layak ke pusingan akhir dan salah seorang pesertanya adalah dari SKSK iaitu adik Asma Hannan bt. Azemi. 
Pusingan akhir berlangsung di  SMK Datok Perdana, Bachok, jam 8.30 malam. Adik Asma Hannan diiringi Pn. Suhana bt. Md. Nor telah memenangi Naib Johan dalam pertandingan ini yang disempurnakan oleh YABrs.En.Azmi Ibrahim (Pengarah DBP Wilayah Timur). Adik Asma Hannan telah memenangi piala pusingan, sijil penyertaan, buku dan wang saguhati RM150. Beliau kalah kepada peserta dari SK Gong Dermin iaitu Adik Muizuddin b. Muhamad yang merupakan bekas murid SKSK. Tahniah Adik Asma Hannan dan Pn. Suhana!!!