Monday 30 December 2013

Pendaftaran Tahun 1 2014

Pada 29 Dis 2014, majlis pendaftaran murid tahun 1, 2014 telah diadakan pada jam 8.30 pagi dengan jayanya. Seramai lebih kurang 141 orang murid tahun 1 telah mendaftar untuk sesi pembelajaran 2014.  Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas alu-aluan Tn. Guru Besar SKSK, Tn. Hj. Mohamed Rohim b. Mohamed. Beliau mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan semua ibu bapa yang hadir pada hari ini. Pn. Mastura yang juga merupakan Guru disiplin turut memberikan taklimat ringkas tentang peraturan sekolah dan pelbagai bantuan kewangan kepada murid yang berkelayakan. Dalam majlis yang sama juga, penyelaras Tahun 1, Pn. Norhaszilawati telah memberi taklimat tentang pelaksanaan PBS, jadual waktu pembelajaran dan juga program transisi guru penyayang. Selepas taklimat selesai, ibu bapa beredar ke kelas masing-masing untuk urusan pembayaran yuran dan mengambil keperluan peralatan sekolah dengan guru kelas masing-masing.
Warga SKSK mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar buat semua murid SKSK....Insyallah bersua pada hari Rabu, 1 Januari 2014 dengan semangat dan azam yang baru!