Sunday 12 January 2014

Watikah Pelantikan Pengawas 2014

Majlis watikah pelantikan Pengawas 2014 yang sepatutnya diadakan di Dataran Emas, di hadapan semua murid tetapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan, majlis diadakan di dewan SKSK disaksikan guru-guru dan murid tahap 2. Majlis dimulakan sejurus Tuan Inspektor Syed Mohd. Atik Wafa b. Syed Abdul Hamid dari IPD Kota Bharu tiba di dewan SKSK. Turut hadir adalah Koperal Jamaludin b. Muhammad, Pegawai Perhubungan Sekolah. Seramai 65 orang murid tahap 2 dilantik sebagai Pengawas bagi sesi 2014 iaitu 37 murid perempuan dan 28 murid lelaki. Setelah nyanyian 3 buah lagu rasmi dan bacaan doa oleh YM Tn. Zairul Hasli selesai, Tuan Guru Besar meneruskan majlis dengan memberikan kata-kata aluan beliau. Ucapan perasmian watikah pelantikan pengawas disempurnakan oleh Tuan Inspektor Syed Mohd. Atik Wafa. Beliau seterusnya menyampaikan watikah kepada Ketua Pengawas: Muhammad Zafri Danial b. Nor Aleh (6B) dan Penolong Ketua Pengawas: Nurshahira Amalin bt. Nordin (6B). Sebelum majlis berakhir, barisan pengawas membaca ikrar dengan begitu bersemangat sekali. Selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh disiplin kepada barisan Pengawas 2014.